Sunday, July 18

Perkembangan Pengangkutan dan Perhubungan

Bab 15 Geo Ting 2

Pengenalan

i-jaringan pengangkutan meliputi rangkaian jalan darat, air dan udara, mengalami perkembangan pesat selepas merdeka

ii-Faktor Yang Mempengaruhinya

a-Dasar Pembangunan Negara – membangunkan Negara dengan jaringan pengangkutan yang baik, kerjaan menentukan corak/jenis jaringan perlu dibina/ditingkatkan; kerjaan menyediakan peruntukan.

b-Perkembangan ekonomi – selepas 1960an; penghantaran barangan ke pasaran/pelabuhan untuk diekeport, jaringan pengangkutan perlu baik dan cekap

c-Bentuk Muka Bumi – tanah pamah lebar dan rata di pantai barat memudahkan pembinaan j/raya dan keretapi; tengah semenanjung/sabah dan Sarawak bergunung ganang menyukarkan pembinaan; sungai dan pantai menjadi laluan semulajadi

d-Kemajuan Teknologi – memudahkan pembinaan jalan bertingkat, terowong Karak, jambatan-Pinang, dan pelabuhan; meningkatkan perkhidmatan dalam Bandar-keretapi elektrik , komuter, LRT

Perkembangan Pengangkutan Darat -Jalan Raya dan Lebuh Raya

a-jalan raya/ lebuh raya

i-Di Semenanjung–Jalan Persekutuan 1-Kangar2JBharu; Jalan Persekutuan 2-Klang2Kuantan; Jalan persekutuan 3-Kota Bharu2Kuantan

ii- jalanraya asal dinaiktaraf dengan menurap permukaan, melurus, melebar; L/raya Persekutuan Klang2KL dinaiktaraf 2 ke 3 lorong. Tahun 2000 – 14,969km jalan xberturap(kerikil, tanah)

iii- PLUS-Bukit Kayu Hitam(utara) ke J Bharu(selatan), 845km(1994); L/raya Timur Barat LRTB-Jeli ke Grik; L/raya Tun Razak-Kuantan ke Segamat; L/raya Kuala Krai ke Gua Musang;

iii-Di Sabah – jalan raya pantai timur2pedalaman dan pantai barat;

iv-Di Sarawak – Kuching2Miri; L/raya Pan Bprneo

v-j/raya meningkatkan tahap ketersampaian tempat terpencil; l/raya memendekkan jarak dan percepat kan masa perjalanan penduduk/barangan; LRTB-Pinang ke K Bharu; PLUS-JB ke Butterworth 2x cepat berbanding Jalan Persekutuan 1;

vi-perjalanan l/raya lebih selesa, selamat dan cepat – pembinaan lorong berkembar, dan R&R

vii-menghubungkan kawasan pertanian, perlombongan dan perindustrian dengan Bandar-bandar dan pelabuhan dengan cepat; pembukaan kawasan baru di sepanjang l/raya-Kg Bt2 dan Kg Baru Sg Rui(LRTB); Bandar Grik dan Jeli berkembang.

viii-perkembangan pesat ekonomi bandar menjadi tumpuan penduduk, mengalami kesesakan lalu lintas; di atasi bina persimpangan bertingkat/terowong;

ix-Di KL, l/raya ekspress dibina atasi kesesakan : LDP, L/raya Sg Besi, L/raya Kesas, L/raya Ekspress L/Kelang Selatan

Perkembangan Pengangkutan Darat -Jalan Keretapi

i-landasan lama dibaikpulih, bina landasan berkembar di L Kelang, dipanjang dari Rawang ke Ipoh; koc baru berhawa dingin; lokomotif wap kepada diesel dan elektrik

ii-perkhidmatan altenatif pengguna j/raya dan l/raya; menyediakan perkhidmatan keretapi penumpang dan barangan.

iii-Jenis perkhidmatan k'api - senandung Malam , KL-Butterworth,KL-S'Pura; Ekspress Timuran,S'Pura-Tumpat, KL-Tumpat; Ekspress Langkawi, KL-Arau-Hatyai.

iv-Mengangkut barang/penumpang lebih banyak dengan kos lebih murah

v-Di KL, pengangkutan k'api dimodenkan-landasan berkembar / perkhidmatan rel bersepadu; komuter, Transit Aliran Ringan(LRT), monorel, Ekspres Rail Link(ERL);

vi-Komuter – Rawang –Seremban -Sentul dengan Pelabuhan Kelang melalui KL; setiap 15 minit

vii-LRT – STAR LRT (Sentul Timur – Ampang dan Sri Petaling,27 km, (13 stesyen): PUTRA LRT di pinggir bandaraya KL(Terminal Putra – Kelana Jaya), 29 km, disediakan basn transit

viii-Monorel – Titiwangsa-Stesyen Sentral KL; ERL Stesyen Sentral-KLIA;

ix-perkhidmatan rel moden dan berhawa dingin memberi perkhidmatan cekap, selesa, dan selamat

x-mengatasi kesesakan lalu lintas di KL, memendekkan masa perjalanan,

xi-rel elektrik – mengurangkan pencemaran bunyi dan udara

iv.meningkatkan ketersampaian di luar bandar, keselesaan kepada penumpang/pelancong


Perkembangan Pengangkutan Darat -Jalan Air

Sungai…

i-sungai-jalan pengangkutan penting di Sarawak dan Sabah

ii-Perkhidmatan dan alat pengangkutan – bot panjang, bot tunda, feri sungai dan tongkang di Sg Rajang dan Kinabatangan.

iii-meningkatkan ketersampaian di pedalaman SS; mengangkut penumpang, kayu balak, hasilan tani, dan barangan pengguna,

iv-Di Semenanjung – Sg Kelantan, Pahang, Perak dilalui bot kecil; menghubungi kawasan pelancongan seperti Taman Negara, Tasik Chini; pengembaraan sungai antara K Krai-Dabong(Sg Kelantan)

Pesisir Pantai

i-menghubungi pelabuhan di Semenanjug, Sabah dan Sarawak, Miri dan Lahad Datu; mengendali perdagangan pesisiran pantai; pelabuhan perikanan-Kuala Kedah, Mersing , Mukah dan Sandakan

ii-perkhidmatan Feri penumpang dari tanah besar ke pulau Pinang, Langkawi, Tioman, mengguna bot berhawa dingin dan selesa

iii-pelabuhan perdagangan dinaiktaraf dengan alatan moden –kemudahan kontena dan roro; IT meningkatkan kecekapan operasi; pelabuhan diperbesar untuk mengendali impot dan ekspot;

iv-syarikat perkapalan, MISC member perkhidmatan kontena, kapal tangki, dan kargo pukal

v-Jeti dan pengkalan laut dimajukan, menampung bot pelancong dan kapal kecil; Jeti Teluk Ewa Langkawi, Lumut pengkalan laut tentera.

Perkembangan Pengangkutan Darat –Jalan Udara

i-1947-tubuh Malayan Airways Ltd.MAL; 1965 tukar kepada Malasia-Singapura Airways MSA; kendali perkhidmatan domestic, antarabangsa ke Manila, Perth, Sydney, dan Taipei.

ii-1971-pisah dari singapura, tubuh Malaysian Airline system MAS, system penerbangan dimoden, destinasi diperluaskan; 95 destinasi(1994)

iii-L/terbang awal di Sg Besi, pindah ke Subang; dan akhirnya KLIA sepang; lain kain ialah Langkawi, Kinabalu dan Kuching, Bayan Lepas; l/terbang domestic di setiap negeri.

iv-KLIA-menampung 25 juta penumpang dan 1.2 j tan kargo; MASCargo

v-Syarikat penerbangan swata – Pelangi, Berjaya, Air Asia untuk domestic dan serantau

vi-mempercepat masa perjalanan; ketersampaian ke pedalaman ditingkatkan; perkhidmatan doctor perubatan udara di pedalaman (Belaga, Sarawak/Long Pasia, sabah);

vii-Tudm Sg Besi , butterworth- keselamatan Negara

Kepentingan Pengangkutan di Malaysia dan Kanada

i-meningkatkan tahap ketersampaian kawasan terpencil

a.pedalaman-Gua Musang, Kapit, Ranau di Malaysia; b-penempatan terpencil di Tanah Utara Kanada – Yellowknife, Dawson dan Churchill.

ii-intergrasi penduduk

a-mengintergrasi penduduk di pantai timur-barat di semenanjung melalui LRTB, penduduk S/S-semenanjung melalui MAS,; b-Keretapi Kebangsaan Kanada KKK, Keretapi PAsifik Kanada KPK dan udara meningtergrasi penduduk Kanada Barat(pantai pasifik) dan Kanada Timur(pantai Atlantik)

iii-memendekkan masa perjalanan dalam bandar, dan antara kawasan

a-di Malaysia-perkhidmatan LRT, Komuter, monorel pantas dan cekap; b-di Kanada-SkyTrain di Vancouver.

iv-memudahkan pengangkutan barang dagangan

a-di Malaysia – ekspot utama getah, minyak kelapa sawit, kayu balak, petroleum, komponen elektronik dikendali oleh MISC dan MASCargo; b-di Kanada – ekspot penting gandum, kertas, mineral diangkut melalui KKK dan KPK dan jalan Air Tasik Besar St Lawrence(dapat dimudiki sejauh 3000 km ke Thunder Bay)

Kesan Perkembangan Pengangkutan Ke atas Alam Sekitar

i-Kesan Positif

a-mengurangkan kesesakan lalu lintas , PLUS altenatif jalan Persekutuan 1 di pantai barat semenanjung; pembinaan lingkaran bertingkat , l/raya ekspres, LRT dan Komuter di KL

b-Meningkatkan Kecekapan Pemeliharaan Alam Sekitar, seperti mengawal kebakaran dan pembalakan haram; penggunaan heli dan k/terbang khas memantau dan mencegah kebakaran hutan; satelit memantau dengan cepat dan tepat.

c-Mengurangkan Pencemaran, penggunaan kenderaan elektrik yang mesra alam, tidak mencemar udara dan bising.

d-Mewujudkan landskap yang menarik, pembinaan R&R di l/raya; landskap alam flora di KLIA

ii-Kesan Negatif

a-pencemaran, pelepasan bahan pencemar dari kenderaan berat mencemari udara di bandar; plumbum, karbon dioksida, karbon monoksida menyebabkan hujan asid; debu dalalm asap menyebabkan jerebu;

b-pencemaran bunyi – bunyi bising enjin kenderaan berat bas, lori, kapal terbang, motorsikal dan kereta

c-pecemaran air – tumpahan minyak bot dan kapal akibat kecuaian dan kebocoran perlanggaran .

Langkah Langkah Mengurangkan Pencemaran/ Kesan Negatif Pengangkutan

i-Kempen Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum – mengurangkan pelepasn asap kenderaan

ii-Penggunaan catalytic converter dalam ekzos kenderaan – menukar karbon monoksida yang beracun kepada karbon dioksida

iii-Menanam Pokok di Kawasan Bandar – dapat menyerap gas CO2 dalam proses fotosintesis; mewujudkan kawasan hjau Green Belt di bandar –Taman Tasik perdana di KL

iv-Penguatkuasaan Undang2 – mengawal pengeluaran bunyi berlebihan oleh kenderaan berat/motosikal

v-Penggunaan Kenderaan Berkuasa Elektrik – tidak berasap dan berbunyi , LRT, Komuter, Monorel


4 comments:

hsp

Followers

Guru Geografi

My photo
Pendidikan: 1976-1980 - SK Ketereh 1981-1986 - SMK Ketereh 1987-1988 - Maktab Sultan Ismail 1989-1993 - Universiti Kebangsaan Malaysia 1993-1994 - Kursus Perguruan Lepas Ijazah MPKB Pengalaman Mengajar: SMK Dalat, Sibu Sarawak 1994-1998 SMK Cheneh Bharu Kemaman Terengganu 1998-2001 SMK Ayer Lanas Jeli Mac 2001-Feb 2003 SMK Sultan Ismail Kota Bharu Mac 2003-Mac 2009 Maahad Pengajian Islam April 2009-kini Mata Pelajaran Utama: Geografi