Sunday, February 24

peta daerah kota bharu untuk kerja kursus

 peta kawasan/daerah kajian-kota bharu

peta negeri kelantan
ambillah, 'copy' peta ini untuk dimuatkan dalam kawasan kajian geografi pmr

Friday, March 2

Geografi T3 Sumber

UNIT 6 SUMBER SUMBER UTAMA

Objektif:

a.mentakrif sumber-yang boleh diperbaharui & tidak boleh diperbaharui

b.menyenaraikan jenis-jenis sumber utama

c.mengelas kan jenis-jenis sumber-boleh diperbaharui 7 tidak boleh dperbaharui

6.1 SUMBER-SUMBER UTAMA

-sumber-sesuatu yg dapat dimanfaat untuk kehidupan lebih selesa dan sempura

-3 jenis sumber: semula jadi; budaya dan manusia

-sumber s/jadi terbahagi 2:

i. boleh diperbaharui

Hutan; cahaya matahari; air dan tanih

ii.tidak boleh diperbaharui

Mineral

a)sumber boleh diperbaharui

b)sumber yang tidak boleh diperbaharui

Dapat diguna berterusan

Tidak dapat diganti dan habis selepas digunakan

Boleh diganti-secara semulajadi dan usaha manusia

Jumlahnya terhad-berjuta tahun untuk menghasilkannya

-air tercemar dirawat; hutan ditanam semula

6.2 JENIS-JENIS SUMBER UTAMA

i.Hutan

-terdiri drp tumbuhan dan haiwan

Bahan mentah industry; makanan; bahan binaan; ubatan

ii.Air

-tasik; sungai dan laut

Bekalan air domestic, pertanian dan indsutri; jalan pengangkutan; makanan(protein)

iii.Tanih

-lapisan bahan-bahan longgar yang menutup permukaan bumi

-campuran batuan terluluhawa, sisa tumbuhan dan haiwan

-ketebalan berbeza

Bahan mentah industry;

Kawasan pertanian

iv.Tenaga

Suria

-tenaga semulajadi hasil pancaran cahaya m/hari

-hari cerah, bumi terima 137kW tenaga suria

Tenaga haba-mengering ikan, pakaian

Tenaga elektrik-memanas air; lampu jalan, kalkulator; telefon

v.Mineral

-bahan logam dan bukan logam

-

Logam –besi (mesin/jentera); piuter(timah); kabel letrik(kuprum); barang kemas(emas); aluminium(bauksit)

Bukan logam-bahan api(arang batu, petroleum, gas asli); barang kemas(batu permata); simen (batu kapur), seramik(kaolin)

UNIT 7 TABURAN PELBAGAI SUMBER

Objektif:

a.menyenarai jenis-jenis mineral logam dan bukan logam

b.menama jenis dan kawasan mineral di Malaysia

c.menanda dan menamakan taburan mineral di atas peta Malaysia

d.menama jenis dan kawasan hutan Malaysia

e.menyenaraik sumber hutan Malaysia

f.menama dan menandakan taburan hutan di atas peta Malaysia

g.menyenarai sumber tenaga yang diguna di Malaysia

h.menamakan sumber tenaga dan taburannya di Malaysia

i.menghuraikan penggunaan sumber tenaga

j.menyenarai jenis sumber tenaga Negara lain

k.menghurai penggunaan sumber di Negara lain.

7.1 SUMBER MINERAL

a.jenis mineral

LOGAM

BUKAN LOGAM

Bauksit; Emas; Bijih timah; tembaga

Bahan mentah-kaolin; batu kapur; fosfat; marmar

Bahan api-petroleum; gas asli; arang batu

b.Taburan sumber mineral di Malaysia-peta ms 69

Petroleum

Tapis, Bekok, Tiong(t’ganu)

Baram, Baronia, Tukau(s’wak)

Erb West(sabah)

Petrol,paraffin dan bahan kimia(petrokimia)

Gas asli

Pulai, Duyong, Pilong(t’ganu)

Temana, Berryl-Laila, Bayan(s’wak)

Semaran, Tembungo(Sabah)

Bahan api, baja kimia/urea

Kaolin

Bidor-Tapah(perak)

Machap-Ayer Hitam(johor)

Tembikar, seramik,

Bauksit

Teluk Ramunia(johor)

Aluminium

Emas-logam kuning,lembut,mudah ditempa

Raub Pahang

Gua musang Kelantan

Rusila t’ganu

Bau s’wak

Barang kemas-hiasan wanita

Batu kapur

Tasek Perak

Simen

Bijih timah

Lembah Kinta Perak-Ipoh

Lembah Kelang -Dengkil S’gor

Menyadur tin, piuter, pateri dan bateri

Arang batu

Kapit, Silantek, Merit-Pila,Balingian, Mukah(s’wak)

Silimpopon(sabah)

Bahan api, arang kok(bahan mentah dalam peleburan besi keluli)

Kuprum/tembaga

-logam kemerah-merahan, mudah ditempa

Mamut(sabah)

7.2 SUMBER HUTAN

a. jenis dan taburan sumber hutan(peta ms 72)

Hutan Hujan Tropika

-paling luas; didapati di tanah pamah dan kaki bukit pedalaman Perak,Kel, T’ganu, S’wak dan Sabah

-sumber kayu keras, rotan, paku pakis, pohon herba, pokok menumpang dan memanjat

Hutan Paya Bakau

-didapati di muara sg dan pinggir laut yg berlumpur, terlindung ombak kuat dan ditenggelami air masin

-Muara sg Perak Larut-Matang

-Kuala Selangor

-Muara sg Rajang

-Muara Sg Kinabatangan

-spesis pokok bakau - avicennia, rhizophora, bruguiera

-bahan binaan(cerucuk); kayu api, arang kayu

Hutan Paya air Tawar

-didapati di pedalaman-Tasik Chini dan Bera

-pokok nibung dan nipah

-daun nipah-atap; batang nibong pancang kelong

Hutan Pantai

-didapati kawasan pantai berpasir di sepanjang pantai timur semenanjung

-pokok herba rendah, tumbuhan menjalar dan pokok rhu

-pokok rhu(kayu api)

Hutan Gunung

-tumbuh di kawasan gunung, lebih 1000 m

-banjaran titiwangsa, tahan dan crocker

-spesis berbeza ikut ketinggian

-1000-1500 m(oak-laurel); hutan Erika gunung(fir, sprus);pokok renek(rotan,palma dan paku pakis);

-lebih tinggi-pokoknya kecil, bantut , batang berpintal/bonggol, ditumbuhi liverwort, lumut dan pakis halus

-spesis utama-periuk kera, rafflessia dan paku pakis

7.3 SUMBER TENAGA

a.jenis sumber tenaga Malaysia

Boleh diperbaharui

Tidak boleh diperbaharui

-hidroelektrik,suria, dan biomas

-boleh diganti dan diguna berterusan

Bahan api fosil-terdapat dalam kerak bumi

- petroleum, gas asli dan arang batu

b.Taburan sumber tenaga Malaysia(peta ms 76)

Petroleum dan gas asli

-dilombong di luar pantai T’ganu,S’wak dan Sabah

-Loji penapis petroleum-Kerteh (t’ganu), Lutong(s’wak);

-Loji penapis petroleum diimport-Port Dickson(ns); Tangga Batu(Melaka)

-Loji pencairan gas asli(LNG) terbesar-Bintulu(s’wak);

-bahan mentah industry petrokimia(baja kimia, racun serangga, plastic, cat dan pelarut)

-bahan api kilang dan kenderaan

-tenaga elektrik terma-Paka(gas asli), Port Dickson(petroleum)

Kuasa Hidroelektrik

-sungai Malaysia berpotensi dimajukan

-kebaikan –bersih dan tidak cemari udara; mudah dihantar ke grid elektrik kebangsaan

-kegunaan-menyalakan lampu dan menggerakkan jentera

-

Empangan hidroelektrik

-Temenggor-Kenering-Chenderoh(sg perak);

-Kenyir(sg t’ganu);

-Pelagus –Bakun(sg Rajang), Batang Ai (s’wak)

-Tenom Pangi

Arang batu

-90% diimport dari Australia dan Indonesia

-tenaga yang murah tetapi mencemari udara

-kegunaan-bahan kuasa kilang dan stesyen janakuasa letrik terma

Stesyen j/kuasa terma

-Kapar –Klang S’gor

-Perai Penang

-Malim Nawar Manjung Perak

-Sejingkat Kuching S’wak

Suria

-berpotensi dimajukan

-pancaran m/hari 7-8 jam sehari

-kegunaan-kalkulator, telefon ATUR; papan iklan dan pemanas air

Projek elektrik Suria

-Titi Tinggi Perlis, Ulu Tembeling Pahang, Pulau Sibu Johor;

Nuklear

-masih dalam kajian dan penyelidikan oleh MINT(Ins Penyelidikan Tenaga Nuklear Malaysia)

-diguna dalam perubatan dan pengawalan kualiti kebersihan produk kilang.

MINT, Bangi s’gor

Biomas

-terhasil drp pereputan sampah sarap, sisa tanaman dan ternakan

-gas metana dihasilkan

7.4 SUMBER TENAGA DI NEGARA LAIN

a.sumber tenaga mesra alam – peta ms 79

Suria

(Jepun)

-pengeluar utama dunia

-hasilkan 45 % produk panel suria, pengeksport terbesar sel photovoltaic

-maju kerana permintaan tempatan, kemajuan terknologi dan kepakaran tempatan

-tenaga suria dikumpul panel suria(di bumbung bangunan), disimpan dalam bateri bagi menjana elektrik untuk rumah, bangunan komersial dan kilang.

-Projek ‘New Sunshine’-pasang panel di rumah seperti di Misawa Hokkaido

Ombak

(Peranchis)

-pantai panjang’ tiupan anginnya kuat mewujudkan keadaan ombak besar

-hasilkan tenaga 63 kW pe meter ombak; dapat gerakkan omboh/turbin

-kegunaan-hasilkan elektrik menyalakan rumah api

Pasang-surut (China)

-pantai yang panjang di wilayah Fujian dan Guangdong berpotensi

-empangan/bendungan dibina di muara/teluk, air pasang surut disalurkan utk memutar turbin j/kuasa

-tenaga yang bersih, kos pembinaan empangan mahal

-kegunaan-rumah, industry,bangunan komersial dan projek pengairan

-Stesyen-Jiangxia; Baishakou; Xingfuyang; Yuefu; Haishan

Tenaga angin

(Belanda)

Kincir angin - mengepam air dan mengisar gandum/jagung dan menjana tenaga elektrik

Turbin angin dipasang berhampiran pantai

Menjana 1.8% jumlah tenaga di Belanda

Stesyen-Flevoland, Zeeland, Brabant, Zuit-Holland, Noord-Holland

Tenaga Biomas (India)

Menyumbang 1/3 jumlah bahan api India

Melibatkan 90% penduduk l/bandar dan 15% (penduduk bandar)

Sumber biomass-sisa pertanian, hutan dan perternakan

-pokok eucalyptus cassuarina, acacias dan albazios

-sisa pertanian-kulit kelapa, hampas padi, najis lembu

Bahan dibakar untuk menghasilkan haba utk memasak, nyalakan lapu dan memanas rumah

Stesyen tenaga biomas (elektrik)-Tumkur, Karnataka dan Sikkim

Biogas(metana)-hasil penguraian/penapaian tahi lembu; Pulau Gosaba Sundarban

Geoterma

(Iceland)

Negara pulau gunung berapi-25 gunung masih aktif; banyak mata air panas dan geiser

Stesyen/loj janakuasa-Svartsengi; Nesjaelir; Krafla .

Kegunaan - air panas utk memanaskan rumah; air mandi; kolam mandi; ternak ikan; rumah kaca dan industry

Ibu kota Iceland, Reykjavik digelar Teluk Wap.

http://c.1asphost.com/s23232/5.Sumber-Sumber%20Tenaga%20Diperbaharui%20Lain-BUKU%20SUMBER%20GURU.pdf

http://geogarang1.blogspot.com/2011/06/tenaga-ombak-di-perancis.html

UNIT 8 KEPENTINGAN PELBAGAI SUMBER

Objektif:

a.menyenarai kepentingan penerokaan pelbagai sumber di Malaysia

b.menjelaskan dengan contoh kepentingan penerokaan pelbagai sumber di Malaysia

c.menghubungkaitkan kepentingan penerokaan pelbagai sumber kepada pembangunan negara Malaysia

8.1 Kepentingan Penerokaan Pelbagai Sumber

a.Menyediakan Bahan Mentah

Hutan

industri perkayuan

-kayu keras /lembut dihantar ke kilang papan, diproses menjadi barangan separuh siap(kayu gergaji/venir)

-barangan separuh siap (bahan mentah industri hiliran) ; diproses menjadi barangan pengguna(perabot/kertas)

Petroleum

industri /loji penapisan

-petroleum dipanaskan dalam relau, menghasilkan minyak bahan bakar ; bahan mentah industry petrokimia; minyak pelincir dan bitumen

-bahan bakar utk menggerakkan mesin/jentera di kilang; menjana elektrik terma; menjalankan kenderaan bermotor

-bahan mentah dalam industri petrokimia menghasilkan cat, plastic; tekstil

-bitumen-menurap permukaan j/raya

b.Mewujudkan Pelaung Pekerjaan

-mengurangkan kadar pengangguran penduduk

-banyak peluang pekerjaan-industri pembuatan; pertanian/perhutanan/penternakan; perlombongan/kuari

-peluang pekerjaan-pengurus; pekerja kilang; juruteknik; jurutera

c.Menambahkan Pendapatan Negara

-pendapatan Negara diperolehi melalui

i.import/eksport bahan mentah/barangan separuh siap/siap daripada bahan mentah yang diterokai dalam/luar Negara

ii.eksport utama-keluaran petroleum/gas asli cecair; dan kayu balak

d.Menggalakan Pembukaan Kawasan Baru

i.kawasan di pedalaman diteroka dan dibangunkan

Sumber hutan

Dibuka sebagai kawasan pertanian /penanaman kelapa sawit dan getah.

Dibangunkan melalui Rancangan Tanah FELDA dan Pembangunan Wilayah KEJORA,KESEDAR, DARA dan KETENGAH

-petempatan yang disediakan kemudahan infrastruktur –bekalan air dan elektrik, jalan raya, dan pendidikan, kesihatan

Petempatan/bandar baru

-Al Muktafilbillah Shah(Ketengah, Terenggganu)

-Ciku,Gua Musang(Kesedar,Kelantan)

-Jengka(FELDA, PAhaNG)

-Tenggara(Kejora, Johor)

Petroleum dan Gas asli

Kerteh, Miri(petroleum); Bintulu(gas asli);

Bijih timah

Ipoh-Taiping; Dengkil-Puchong; Seremban; Sg Lembing

e.Menggalakkan Kemajuan Infrastruktur

i.pembinaan jalan raya dan jalan keretapi membawa hasil perlombongan ke kilang memproses dan pelabuhan

cth; Kerteh ke Pelabuhan Kuantan(petroleum/gas asli)

ii.perkembangan pelabuhan baru Kuantan-pusat pengumpulan hasil sebelum dieksport

iii.pembinaan lapangan terbang dan system perhubungan/telekomunikasi

8.2 Kepentingan Penerokaan Pelbagai Sumber kepada Pembangunan Malaysia

a.sumbangan penerokaan sumber

i.perkembangan perindstrian/industrialisasi

-perlombongan petroleum/gas asli-industri petrokimia; bahan tenaga kilang

-pembalakan-industri perabot/pembinaan

ii.pembandaran

-industrialisasi pesat meyebabkan pembukaan /pembangunan kawasan baru(bandar baru);

-Kerteh(petroleum/gas asli)

iii.infrastruktur

pembandaran menggalakan penyediaan infrastruktur lebih baik,

-lapangan terbang, pelabuhan, jalan raya, lebuh raya, transit aliran ringan(atasi kesesakan trafik di bandar);

-perkhidmatan telekomunikasi, utility (air, api) dan perkhidmatan bank dan insurans

UNIT 9 KESAN PENEROKAAN SUMBER TERHADAP ALAM SEKITAR

Objektif:

a.menyenaraikan kesan pernerokaan sumber terhadap alam sekitar di Malaysia

b.menghurai dengan contoh kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar

9.1 Kesan Penerokaan Sumber terhadap alam sekitar

a.Perubahan Pandang Darat

i.perlombongan timah

-tasik dan kolam bekas lombong

Ipoh,taiping, Bidor, Perak

Dengkil Selangor

ii.penerokaan air

-pembinaan empangan

-hutan ditenggelami

-tasik/kolam buatan manusia

-pengairan

Empangan Muda dan Pedu Kedah

-penjanaan tenaga hidro

Empangan Temenggor Perak; Kenyir T’ganu;

iii.petroleum/ gas asli

Pinggir pantai ditebusguna

-pembinaan dermaga/terminal minyak mentah

Kerteh-pusat perindustrian, petempatan, perdagangan dan pelancongan

b.Kepupusan

i.berlaku apabila penerokaan sumber secara besar-besaran tanpa kawalan dan berterusan

pembalakan

Kepupusan spesis kayu berharga –keruing, cengal dan nyatoh, merbau

Pokok kecil mati tertimpa; dan dipijak jentera pengangkut

Habitat hidupan liar musnah, badak sumatera, seladang, tapir dan kucing hutan diancam kepupusan

c.Peningkatan Suhu

Penebangan hutan

Bahang matahari terus ke permukaan bumi

Mengurangkan sejatpeluhan pokok; wap air dalam udara berkurangan(udara kering)

-suhu setempat meningkat

d.Hakisan

Penebangan hutan

Permukaan tanah terdedah kepada agen hakisan(air dan angin)

Tanih menjadi longgar kerana tiada cengkaman akar pokok

Hujan lebat, alr larian permukaan deras, hakisan permukaan giat ; cerun bukit tidak stabil (tanah runtuh)

e.Banjir

-hujan lebat, air larian permukaan laju dan banyak tidak dapat ditampung sungai(kadar resapan air berkurangan)

-air melimpahi tebing ; banjir berlaku di hilir sungai.

f.Pencemaran

i.Pencemaran udara-

-pembakaran gas di pelantar minyak(semasa kerja carigali);

-pelepasan asap kilang menapis petroleum; Kerteh, Lutong

gas berbahaya dibebaskan ke udara (karbon monoksida; nitrogen oksida ; hidrokarbon)

-aktiviti kuari batu kapur

Gunung Gajah Kampar dan Kinta Perak

Proses pemecahan batu -membebaskan asap dan debu

Asap dari jentera pengorek dan lori pengangkut

ii.Pencemaran air

-kandungan, keadaan dan warna air berubah; tidak sesuai dan selamat digunakan

-penerokaan hutan-hakisan tanih pesat dan dimendapkan di sungai, laut dan tasik(sungai cetek, keruh)

-perlombongan-mendapan sisa pejal dan kelodak di muara sungai(air tercemar)

Lombong kuprum Mamut, bijih timah di Lembah Langat –sungai berkelodak/tercemar(berasid)

UNIT 10 PENGURUSAN SUMBER

Objektif:

a.menyatakan kepentingan pengursan sumber

b.menyenaraikan langkah-langkah pengurusan sumber yang dapat mengurangkan kesan negative penerokaan sumber

c.menghurai kepentingan pengursan sumber

d.menghuraikan langkah-langkah pengurusan sumber

e. menghuraikan langkah-langkah pengurusan sumber air di Jepun

10.1 Kepentingan Pengurusan Sumber

a.maksud

proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan berterusan; melalui usaha pemuliharaan dan pemeliharaan

b.tujuan/kepentingan mengurus sumber

1.Mengelakkan Kepupusan

i.kepupusan sumber mengakibatkan

-kilang tidak beroperasi(bahan bakar habis)

-industri memproses makanan dan minuman, barangan keperluan harian terjejas; keselesaan hidup terganggu

ii.penerokaan sumber hutan cepat dan meluas(untuk pembalakan, pertanian, pernternakan, petempatan)

iii.kadar pertumbuhan hutan untuk matang lama

iv.proses penebangan merosakkan pokok/hutan belum matang

-hutan hujan tropika merosot kepada 61 % daripada 80 % keluasan Malaysia

2.Menjamin Bekalan Sumber Berterusan

i.pertambahan penduduk meningkatkan permintaan terhadap sumber; sumber perlu diurus dgn cekap; mengamalkan pembangunan lestari(sumber diguna dgn optimum –elak pembaziran )

3.Keseimbangan Ekosistem

i.keseimbangan eksostem terjejas jika sumber tidak diurus dgn betul/cekap

ii.sumber (air, hutan, tanih, dan cahaya(tenaga) mempunyai kaitan dalam ekosistem

iii. komponen dalam ekosistem saling beriteraksi melalui rantaian makanan; satu komponen terjejas-komponen lain terkesan dan memusnahkan ekosistem(rajah ms113)

-hutan musnah – haiwan pupus(habitat/makanan tiada) – manusia kekurangan makanan (haiwan /tumbuhan)

(rujuk rajah ms 113)

10.2 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN SUMBER

a.Pemeliharaan dan Pemuliharaan

Pemeliharaan

Pemuliharaan sumber

-langkah-langkah mengekalkan sumber sedia ada

-memperbaik dan memulihkan sumber/kawasan pengeluaran sumber yang telah diterokai.

iii.sumber boleh diperbaharui (tanih/hutan) diurus melalui pemeliharaan dan pemuliharaan; sumber tidak boleh diperbaharui(mineral)diurus dengan mencari bahan altenatif, berjimat cermat dan kitar semula.

iv.pemeliharaan/pemuliharaan hutan

penghutanan semula

-tanam semula pokok bermutu dan cepat matang di kawasan hutan yg ditebang

mewujudkan ladang hutan

-tanam pokok baka baik secara ladang

-spesis akasia mangium, batai dan sesenduk

-pokok ditebang selepas 30 @ 50 tahun ikut giliran

rawatan silvikultur

-memusnahkan pokok tidak bernilai dan bersaing dgn cara menebas, meracun @ digelang

penebangan terpilih

-pokok matang dan cukup diameter sahaja ditebang

Bahan altenatif

-penggunaan kayu getah(perabot);

Kitar semula

-konsep 3R

-kitar semula kertas

v.sumber lain

-mencari sumber tenaga alternative-biomas, suria dan hidroelektrik

-kitar semula-air telah diguna dirawat semula(perindustrian); besi buruk diproses/kitar semula menghasil barangan baru

b.Penguatkuasaan Undang-undang

i.undang-undang dkuatkuasakan bagi menjaga sumber air. Majlis Sumber Air Negara 1998-forum perancangan dan pengurusan sumber air

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

Memelihara alam sekitar sentiasa bersih

Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 1979

Mengawal pembuangan sisa industry ke dalam sungai

Mewajibkan kilang merawat kumbahan sebelum disalir ke sungai

Akta Perkapalan Saudagar 1993

Mencegah tumpahan minyak dan

Menentukan sumber air selamat dan tidak tercemar

Akta Pembangunan Mineral 1994

ii.sumber hutan

-Dasar Perhutanan Negaraa 1978-memelihara kawasan hutan sebagai tempat rekkreasi, penyelidikan dan perlindungan flora fauna

Akta Perhutanan Negara 1985

Mewartakan hutan sebagai hutan simpan, taman Negara, hutan lipur, dan rizab perlindungan hidupan liar

Akta Perhutanan Negara (Pindaan 1993)

Mengawal hutan drp diceroboh, mengawal pembalakan haram, mengambil tindakan terhadap pencerobh.

Majlis Perhutanan Negara

Menghadkan keluasan kawasan yang di balak setiap negeri

Mengawal aktiviti pembalakan-menghadkan pemberian lesan dan permit.

iii.sumber mineral

-Akta Pembangunan Mineral 1994 –semua negeri wajib wartakan Enakmen Mineral Negeri; agar penerokaan dilakukan secara cekap, teratur dan mesra alam(ambil langkah pemeliharaan/pemuliharaan sebelum dan selepas penerokaan

c.Pendidikan

i.kerajaan wujudkan agensi alam sekitar (FRIM dan PERHILITAN)

FRIM

Menjalankan kajian dan mencari jalan meningkatkan pengurusan hutan

PERHILITAN

Jaga dan lindungi taman Negara/hidupan liar

Pendidikan dan kesedaran kpd orang ramai tetang kepentingan pemeliharaan hutan

ii.Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar-

-sediakan prasara penyelidikan dan peralatan (di IPTA) dan

-peruntukan wang utk penyelidikan dalam bidang pengurusan sumber mineral, tenaga, air dan hutan(program Rancangan Penyelidikan dan Pembangunan Jangka Panjang- IRPA)

-menjalankan kempen-kempen pendidikan alam sekitar

iii.Pendidikan melalui sekolah

-pendidikan penjagaan alam sekitar diterap dalam kurikulum menengah/rendah

iv.Kempen kesedaran/pendidikan kepada orang ramai untuk menjaga dan mengurus sumber alam

-dijalankan oleh agensi bukan kerajaan

-Persatuan Pencinta Alam Sekitar MNS

-Tabung Hidupan Liar Dunia WWF

10.3 Pengurusan Sumber Air di Jepun

a.Jepun-maju dan pesat membangun

b.sumber air utama

-sungai Shimano/Tone(Dat. Kanto)

-Sg Ishikari di Hokaido

Kegunaan industry, domestic dan pertanian,

Empangan kuasa elektrik hidro(Kurobe)

-Tasik Kasumigaura

-Tasik Kameya

-Tasik Biwa

c.Kepesatan perindustrian dan pembandaran (Revolusi Perindustrian)– air sungai, tasik dan laut tercemar

d.Langkah mengurus sumber air di jepun

i.Membina Empangan

-empangan serbaguna dibina untuk:

Mengumpul air bersih dan mengelak air terus mengalir ke laut

Mengubah aliran sungai yang tinggi isipadu ke sungai kurang air

Kawalan banjir

Tembok empangan di muara sungai mencegah air laut masuk ke sungai

Penjanaan kuasa hidro

ii.Membina Loji Memproses Air

-mendapatkan air yang bersih dan tidak tercemar

-loji air di pedalaman air dirawat, air tercemar dibuang/salur keluar dari sungai/tasik

-sistem rawatan tangki septic bersepadu bagi air buangan domestic dibina untuk mengurangkan pencemaran di kawasan tadahan Tasik Kahukkogata dan Biwa.

iii.Penyelidikan

-program R&D –memeprtingkat dan menghasil teknologi baru memperbaik pengurusan sumber air

-Institut Penyelidikan Kerja Raya-hasilkan system jaringan informasi sungai(mendapatkan data aras air dan jumlah hujan)

iv.Perundangan

Undang-undang Kawalan Kualiti Air

Undang-undang kawalan Buangan Industri 1958

Kawal keselamatan dan kualiti bekalan air

Undang-undang Asas bagi Kawalan Pencemaran Allam sekitar 1993

Menetapkan piawai kualiti air sungai, tasik, kawasan takungan air dan perairan pantak

Enakmen Undang-undang Sungai 1964

Memberi penekanan kpd pembangunan sumber air dan empangan

v.Pembersihan Tasik

-dilaksana melalui Pengurusan Lembangan Saliran(Basin Management)

- membersihkan air tasik/meneutralkan keasidan

-mengawal pembiakan rumpai dalam tasik

-mengorek dasar tasik-mengurangkan pemendapan di Tasik Kasumigaura dan Kameyama

hsp

Followers

Guru Geografi

My photo
Pendidikan: 1976-1980 - SK Ketereh 1981-1986 - SMK Ketereh 1987-1988 - Maktab Sultan Ismail 1989-1993 - Universiti Kebangsaan Malaysia 1993-1994 - Kursus Perguruan Lepas Ijazah MPKB Pengalaman Mengajar: SMK Dalat, Sibu Sarawak 1994-1998 SMK Cheneh Bharu Kemaman Terengganu 1998-2001 SMK Ayer Lanas Jeli Mac 2001-Feb 2003 SMK Sultan Ismail Kota Bharu Mac 2003-Mac 2009 Maahad Pengajian Islam April 2009-kini Mata Pelajaran Utama: Geografi