Sunday, July 18

Pembandaran

Takrif Pembandaran/Urbanisasi

i-proses perkembangan bandar dari segi saiz penduduk,luas kawasan,fungsi, dan kemudahan infrastruktur dan aktiviti ekonomi

a-pertambahan dan tumpuan penduduk di Bandar, akibat migrasi dan pertambahan semulajadi ;

b- corak ekonomi berubah dari pertanian ke perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan

c-cara hidup penduduk berubah dari segi berpakaian, pemakanan, dan hubungan social.

d-peningkatan taraf hidup, pekerjaan tetap, pendapatan lumayan,, rumah selesa, kemudahan infrastruktur lengkap.

Trend Pembandaran

i-pesat selepas merdeka; % penduduk Bandar bertambah 61.8(2000) daripada 50.7(1990), Bandar utama-KL, Ipoh, JB, KK, dan Kch mengalami pertambahan penduduk kesan migrasi dan pewujudan peluang pekerjaan yang banyak.

ii-pekan kecil menerima proses pembandaran; Parit Buntar 23368(2000) daripada 7475(1991).

Tahun 

1970 

1980 

1991 

2000 

Penduduk Bandar (%) 

28.7 

34.2 

50.7 

61.8 

Bilangan Bandar 

49 

67 

129 

138 


 

Faktor Yang Mempengaruhi Pembandaran

a)Dasar Kerajaan

i-Dasar Perindustrian Negara-pembukaan kawasan perindustrian di PJ, SA, Perai, membuka peluang pekerjaan dan menyebabkan migrasi penduduk dari luar Bandar

ii-Pembukaan Bandar baru –kawasan perindustrian baru, pusat pendidikan

ii-Rancangan Pembangunan Wilayah yang dijalankan oleh FELDA, DARA, KESEDAR menyebabkan kawasan luar Bandar berkembang menjadi Bandar

i-Tahun 2000, PJ (438084 orang), SA(319612 orang), Perai(55860 orang)

ii-Bandar Baru NIlai NS; Bandar Baru Puchong Sel, BB batu Gajah Perak; Bandar Baru Bangi(UKM,MPI, Kolej Ikram, YPM)

ii-Muadzam Shah Pahang, Tenggara Johor, Chiku Kelantan 

b)Peluang Pekerjaan

-perkembangan sektor perkhidmatan , perhubungan dan pengangkutan dan pembinaan mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang menawarkan pendapatan lebih lumayan , menarik penghijrahan penduduk luar bandar

i-Georgetown-industri, perdgn, pelabuhan

ii-Kuantan-perniagaan, perkhidmatan, pelabuhan

iii-Kuching-pelbuahan,perniagaan,perkhidmatan

iv-JB-industri,perdgn, perkhidmtan 

c)Migrasi

i-perpindahan penduduk luar Bandar untuk menikmati kehidupan lebih selesa di Bandar, infrastruktur yang lebih baik, pendapatan lebih lumayan.

i-Nilai, Subang Jaya, Petaling Jaya, Larkin, dan Tampoi

d)Sumber Mineral -

i-penerokaan sumber mineral menggalakkan proses pembandaran –menyediakan banyak peluang pekerjaan penduduk .

ii- 

i-Timah -KL dan Ipoh; ii-Petroleum/gas asli - Miri, Kerteh, Bintulu

ii- 


 

Fungsi Bandar

a)Pusat Pentadbiran

-berkaitan pemerintahan dan pentadbiran negara/negeri: pendidikan, kewangan, kesihatan, -KL pusat pentadbiran Malaysia

-bandar ibu negeri-pusat pentadbiran/pemerintahan negeri:jabatan kerja raya, jabatan pendidikan, jabatan kesihatan; KB, Ipoh, Kch, KK

-bandar perntadbiran daerah; pejabat JKR , pejabat Pendidikan, balai polis; Kulim,

c)Bandar perindustrian

-kawasan/zon industry; pemprosesan makanan dan minuman, elektrik dan elektronik, otomobil, pembinaan:SA, PJ, Bintulu, Likas

d)Bandar Pelabuhan

-pusat perikanan; kemudahan pendaratan ikan, kilang ais dan baik pulih bot ikan-Mersing, Tumpat

-mengendali urusan ekspot dan impot; kemudahan jeti/dermaga kapal, gudang-Butterworth, Kelang, Kota Kinabalu, Kuching

FUNGSI BANDAR

f)Bandar Pendidikan

-kemudahan pendidikan yang lengkap, maktab, university, pusat penyelidikan dan institute kemahiran; Bangi(UKM, Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr Ismail PUSPATI, Inst Penyelidikan K Sawit Malaysia PORIM); KL(UM, IB, MPIK, IPTA)

b)Bandar Perniagaan dan Perdagangan

-kemudahan pusat membeli belah, institusi kewangan, pejabat perniagaan; tempat pengumpulan dan pengedaran barangan siap/import: KL, JB, KK

e)Bandar Pelancongan

-mempunyai keindahan semulajadi dan pelbagai kemudahan pelancong(hotel, chalet ,restoren, bank, dan pusat membeli belah)- Melaka, KCH, KK 

g)Bandar Diraja

-Kuala Kangsar, Klang, Pekan, Seri Menanti, Arau, ; istana


 

Kesan Positif Pembandaran di Malaysia

-peluang pekerjaan,-kemudahan infrastruktur, rekreasi, taraf hidup/kesihatan meningkat, industry dan perniagaan berkembang pesat, perumahan lebih selesa

a)wujud banyak peluang pekerjaan  

dalam pelbagai bidang industri, perkhidmatan, perniagaan perdagangan, dan pembinaan; migrasi luar Bandar ke Bandar bertambah; meningkatkan pasaran tempatan

b)peningkatan sistem pengangkutan dan perhubungan 

-sistem pengangkutan perhubungan (jalan raya, lebuh raya) dipertingkatkan; perkhidmatan pengangkutan awam bertambah baik cekap; KL(jalan bertingkat, terowong, LRT, monorel, dan komuter)

c)peningkatan kemudahan awam social

-kemudahan rekreasi(padang golf, taman bunga, tempat hiburan) bertambah; KL(Tasik titiwangsa, Pasar Seni),Melaka( tempat bersejarah dibaikpulih,Muzium Budaya, pagung kebudayaan)

-kemudahan kesihatan baik dan lengkap dengan peralatan moden 

d)Peningkatan Taraf Hidup Penduduk

-pendapatan tetap dan lumayan; kediaman lebih selesa(system pengangkutan perhubungan cekap, pusat membeli belah, hospital dan pendidikan tinggi)

-kemudahan kesihatan lebih baik; hospital lengkap dengan alatan perubatan moden menjamin perkhidmatan perubatan baik-HUKM Cheras 

e)Perubahan ekonomi pinggir Bandar

-perkembangan pesat industri merebak ke kawasan pinggir Bandar; PJ(KL)-industri otomobil, memproses makanan dan minuman, elektronik.

-aktiviti perniagaan perdagangan berkembang pesat: KCH, JB, KK 


 

Kesan Negatif pembandaran di Malaysia

Setinggan, masalah social, kesesakan lalulintas, pencemaran

a)pelbagai masalah social(pengangguran, kemiskinan, jenayah) 

-kesan penghijrahan ramai golongan berpendidkan rendah dan kurang mahir; sukar mendapat kerja yang baik 

b)Masalah setinggan

-permintaan kepada kawasan kediaman tinggi; persaingan penggunaan tanah utk industry/perumahan meningkatkan harga tanah; harga rumah mahal dan tidak mampu dimilikki golengan pendapatan rendah; bina rumah atas tanah kerjaan/persendirian secara haram-tanpakemudahan asas

-KL(Sentul, Kg Kerinchi, Gombak) 

c)kesesakan lalu lintas

-jalan raya tidak mampu menampung peningkatan bilangan kenderaan pada waktu puncak(pergi balik kerja); KL, KCh, KK 

d)pencemaran

-peningkatan kenderaan dan aktiviti perindustrian meningkatkan pembebasan asap ke udara; menjejaskan kesihatan(karbon monoksida, sulfur dioksida)

-bunyi bising engine kenderaan(bas awam, kilang, teksi, lori, keretapi) dan kilang mengganggu keselesan penduduk Bandar

-pembuangan sisa kilang dan sampah domestic ke longkang mencemari sungai dan mengganggu hidupan; Sg Gombak dan Kelang(KL)

e)Banjir kilat

-pembinaan kilang, perumahan dan jalan raya tidak selari dengan pembinaan kemudahan pembentungan, perparitan dan pembuangan sampah sarap; longkang parit tersumbat dengan sampah; banjir jika hujan lebat 

f)Kekurangan Buruh di Luar Bandar

-penghijrahan golongan muda ke bandar; kawasan pertanian dibiarkan dan tidak dapat dimajukan 


 

Masalah Pembandaran Di Bangkok dan Tokyo

Masalah Pembandaran Di Bangkok

Latarbelakang

-letak di tebing barat dan timur Menam Chao Phraya, 30km dari Teluk Bangkok

-bandar primat; pertambahan pesat penduduk, 5.8j(1990) 6.3j(2000) menggiatkan pembandaran

Masalah pembandaran di Tokyo(ms 156)

Latarbelakang

-letak di Pulau Honshu; sebuah metropolis/Tokyoto(12.2j orang)

-fungsi-pentadbiran, komersial, pendidikan

a)kekurangan perumahan

-18% pendduknya setinggan; Klong Toey-kemudahan pembentungan, perparitan dan bekalan air tidak mencukupi; rumah dibina di tebing sungai 

a)kekurangan perumahan

-kepadatan penduduk tinggi(5443 org/km persegi); harga tanah amat mahal; keluasan rumah kecil(55m persegi)

b)kekurangan bekalan air paip

-permintaan penduduk/perindustrian terlalu tingggi ; Metropolitan Water Works Authority tidak mampu membekalkannya 

b)kesesakan

-tumpuan 800 ribu jenis perniagaan; 8 juta pekerja yang berulang alik; stesyen MRT dan jalan raya sesak , pembaziran masa meningkat.

c)kesesakan lalu lintas teruk

-1 juta kereta(2000) tidak termasuk motorsikal; kekurangan pengangkutan awam ; kelemahan kawalan lalu lintas 

c)pecemaran meningkat

-pelepasan asap ekzos kenderaan, kilang; berlaku jerebu dan hujan asid

-bunyi enjin kenderaan/kilang mengganggu ketenteraman penduduk

-pembuangan sisa kilang dan sampah sarap mencemari sg Edo dan teluk Tokyo 

d)pencemaran

-udara tercemar oleh pertambahan kenderaan dan kilang;Lembaga Alam Sekitar Kebangsaan –kandungan CO dan Pb dalam udara Bangkok tinggi

-buangan sisa kilang dan sampah sarap ke dalam terusan dan sungai akibat kekurangan system pembentungan 

 


 


 


 

Langkah Menyelesai Maslah Pembandaran

a)kekurangan perumahan selesa

-bina kondominium dan rumah pangsa

-bina bandar satelit di pinggir Bandar utama –tampung keperluan perumahan dan permahan selesa; Bandar Subang jaya

-bina Bandar baru –elak kesesakan di Bandar besar; Bandar Baru Bangi dan Bandar Tun Razak(KL) 

b)setinggan

-bina rumah kos rendah di pinggir Bandar; rumah pangsa Jalan Weld Quay Penang 

c)kesesakan

-bina jalan bertingkat dan lebuhraya; aliran kenderaan cepat pantas;

-baiki perkhidmatan pengangkutan awam; LRT, komuter, monorel

-kuatkuasa zon waktu kenderaan berat ke pusat Bandar

d)pencemaran

-penggunaan petroleum tanpa plumbum

-kawasan industry dibina jauh dari Bandar; Ayer Keroh Melaka, Bintawa Sarawak

-wujudkan kawasan hijau(green belt) di Bandar-tanami pokok mengurangkan CO2 dan meyegarkan suasana

-undang-ndang melarang pembakaran terbuka; kilang diwajib mempunyai system pembuangan sampah dan sisa kilang yang efisyen

-Akta kawalan Pencemaran Sungai(1979)-kawal sisa buangan kilang dan pemulihan sungai tercemar

-Kempen kesedaran kepada masyarakat-Cintai Sungai Kita

No comments:

Post a Comment

hsp

Followers

Guru Geografi

My photo
Pendidikan: 1976-1980 - SK Ketereh 1981-1986 - SMK Ketereh 1987-1988 - Maktab Sultan Ismail 1989-1993 - Universiti Kebangsaan Malaysia 1993-1994 - Kursus Perguruan Lepas Ijazah MPKB Pengalaman Mengajar: SMK Dalat, Sibu Sarawak 1994-1998 SMK Cheneh Bharu Kemaman Terengganu 1998-2001 SMK Ayer Lanas Jeli Mac 2001-Feb 2003 SMK Sultan Ismail Kota Bharu Mac 2003-Mac 2009 Maahad Pengajian Islam April 2009-kini Mata Pelajaran Utama: Geografi