Sunday, July 4

Migrasi Dalaman di Pekan Melor

Peta Kawasan Kajian

8.0 Migrasi Dalaman di Pekan Melor

8.1 Konsep Migrasi
-migrasi ialah penghijrahan seseorang melintasi sempadan kawasannya ke kawasan yang lain. Penghijrahan penduduk melintasi sempadan kawasan dalam sesebuah negeri atau negara dinamakan migrasi dalaman. Contohnya penghijrahan penduduk Melaka ke Kuala Lumpur untuk belajar, berniaga atau bekerja. Migrasi antarabangsa pula melibatkan penghijrahan penduduk dari sesebuah negara ke negara lain seperti penpindahan penduduk Malaysia ke Kanada atau penduduk Indonesia ke malaysia untuk bekerja.

8.2 Pola Migrasi Dalaman Di Pekan Melor
-terdapat 3 pola utama migrasi dalaman di sini iaitu,
i. migrasi luar bandar ke bandar
ii.migrasi luar bandar ke luar bandar, dan
iii.migrasi bandar ke luar bandar

-migrasi luar bandar ke bandar dan luar bandar ke bandar melibatkan penghijrahan keluar penduduk Pekan Melor ke tempat baru. manakala migrasi bandar ke luar bandar melibatkan penhijrahan masuk dari bandar ke pekan Melor.

-migrasi luar bandar ke bandar paling banyak berlaku di Pekan Melor. Pengjirahan ini kebanyakannya melibatkan perpindahan golongan belia ke bandar utama di dalam negara seperti Kuala Lumpur, Ipoh, dan Johor Bharu. Penghijrahan golongan belia ini didorong oleh keinginan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik di bandar.

-migrasi luar bandar ke luar bandar pula lebih bersifat keinginan penduduk yang miskin dan tidak memiliki tanah menikmati taraf hidup yang lebih baik di kawasan rancangan pembangunan tanah di pedalaman Kelantan seperti di Gua Musang, Tanah Merah dan Kuala Krai. Ada juga penduduk yang berhijrah dan menjadi peneroka tanah rancangan Jengka Tigasegi di Pahang.

-migrasi bandar ke luar bandar melibatkan perpindahan golongan profesional atau pekerja mahir dan separuh mahir seperti guru, jururawat, polis dan kakitangan perbankan. Kebanyakan mereka ini datang dari bandar dan berkhidmat di premis kerajaan dan swasta yang terdapat di Pekan Melor.

8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman di Pekan Melor
-Antara faktor yang dikenalpasti yang menggalakan migrasi di Pekan Melor ialah
i.meningkatkan taraf hidup
ii.pekerjaan
iii.menyambung pelajaran ke IPT
iv.mengikut keluarga atau perkahwinan
v.governan atau arahan majikan

-Kebanyakan penduduk Pekan Melor yang berhijrah adalah disebabkan oleh keinginan penduduk terutamanya lelaki yang tellah berkahwin untuk meningkatkan taraf hidup keluarga mereka. Jadi mereka mereka ini sanggup berhijrah ke pedalaman dan menjadi peneroka rancangan kemajuan tanah yang dimajukan oleh kerajaan seperi FELDA dan KESEDAR. sebahagian mereka ini berpindah ke Felda Kemahang di Tanah Merah dan Felda Chiku di Gua Musang.

-Bagi golongan belia pula mereka lebih suka berpindah ke bandar bandar besar yang menawarkan banyak peluang pekerjaan dan memberikan pendapatan yang lebih lumayan dan tetap. Kebanyakan golongan belia di sini telah berhijrah ke Kuala Lumpur, Shah Alam dan Bayan Lepas yang menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan. Dua orang responden yang dikaji menyatakan anak mereka berhijrah ke Pulau Pinang dan bekerja di kilang elektronik di sana

-Di samping itu, terdapat juga golongan muda dan belia di Pekan Melor berhijrah ke Kuala Lumpur dan Shah Alam untuk melanjutkan pelajaran di Universti Malaya, Universiti Islam dan Universiti Teknologi Mara.

-terdapat juga penduduk Pekan Melor berhijrah ke bandar dan luar bandar disebabkan oleh faktor perkahwinan. Golongan wanita muda yang berkahwin ini terpaksa mengikut suami dan menetap di kampung suami. Sesetengahnya pula membawa keluarga mereka dan menetap Kuala Lumpur dan Pulau Pinang setelah memperoleh pekerjaan dan kehidupan yang lebih selesa di sana.

-Bagi kakitangan awam dan swasta yang berhijrah ke Pekan Melor pula disebabkan oleh faktor pekerjaan dan arahan oleh majikan masing-masing. Terdapat guru-guru yang berasal dari Johor Bharu dan Terengganu yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Melor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Melor. Selain itu terdapat seorang jururawat desa yang berasal dari Pahang dan berkhidmat di Klinik Desa Melor.

-Pembukaan Rancangan Kemajuan Tanah di pedalaman kelantan dan pahang menggalakan penghijrahan penduduk Pekan Melor. Kerajaan memberi keutamaan kepada kaum lelaki yang telah berkahwin sahaja untuk menjadi peneroka Felda dan Kesedar. Sebahagiannya menjadi peneroka dan menetap di Felda Kemahang Tanah Merah dan Chiku Gua Musang.

8.4 Kesan Migrasi Dalaman di Pekan Melor
-Terdapat 2 kesan utama akibat migrasi dalaman yang berlaku di Pekan Melor. Antara kesan positif ialah peningkatan taraf hidup penduduk, mengurangkan kadar kemiskinan penduduk dan meningkatkan pendapatan penduduk Pekan Melor.
-Manakala kesan negatif migrasi kepada Pekan Melor ialah perubahan struktur penduduk, kekurangan perumahan dan masalah sosial.

-Migrasi penduduk yang berlaku telah dapat meningkatkan taraf hidup penduduk di Pekan Melor. Rata-rata yang ditemui dan disoalselidik menyatakan mereka kini dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Wang yang dikirim oleh anak anak mereka yang bekerja di bandar sedikit sebanyak membolehkan mereka menikmati hidup lebih selesa. Di kebanyakan rumah yang ditemui kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti peti televisyen dan peti sejuk serta bekalan air lebih sempurna.

-dengan bekerja di bandar dalam sektor perkilangan juga dapat mengurangkan kadar kemiskinan penduduk di Pekan Melor. Pembukaan kawasan tanah kemajuan di pedalaman juga secara tidak langsung membolehkan penduduk Pekan Melor meliki tanah dan rumah sendiri, dan ini secara tidak langsung mengeluarkan mereka dari kitar kemiskinan.

-pertambahan penduduk juga menyebabkan kerajaan telah menaiktaraf kemudahan klinik sekolah dan jalan raya yang lebih lebar dan baik. Antaranya ialah pembinaan sekolah kebangsaan melor di kawasan lebih luas dan selesa. Begitu juga dengan pembinaan bangunan tambahan SMKA Melor bagi memberi kemudahan pembelajaran yang lebih selesa bagi para pelajarnya.

-pertambahan kakitangan dan kerajaan juga secara tidak langsung membolehkan penduduk setempat meningkatkan pendapatan mereka melalui perniagaan secara kecil kecilan seperti menjual ikan dan sayuran segar di sepanjang jalan raya berhampiran sekolah dan klinik desa melor.

Kesan Negatif Migrasi Dalaman di Pekan Melor
-Penghijrahan keluar penduduk Pekan Melor ke bandar bandar menyebabkan struktur penduduk di Pekan Melor berubah. Kebanyakan penduduk yang tinggal di Pekan Melor terdiri daripada golongan tua dan kanak-kanak serta remaja yang masih bersekolah.

-Justeru penghijrahan golongan muda ke bandar ,banyak petak sawah padi terbiar dan menjadi rang. Permintaan yang tinggi kepada perumahan menyebabkan banyak tanah sawah telah ditukar kepada tanah bangunan. Di Pekan Melor banyak kawasan perumahan baru wujud dan menyebabkan tanah pertanian merosot yang seterusnya mengakibatkan pengeluaran makanan merosot.

-Masalah sosial seperti meragut dan pecah rumah juga dilaporkan kerap berlaku. Keadaan ini bolleh dikaitkan dengan ketiadaan golongan muda yang biasanya meronda bersama dangan ahli rukun tetangga setempat. Terdapat kes di mana beberapa ekor kambing seorang penduduk di curi dan dilarikan pencuri pada siang hari semasa semua orang sibuk bekerja.

8.5 Cadangan Mengatasi Masalah Migrasi Dalaman di Pekan Melor
-Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan penduduk Pekan Melor bagi mengatasi masalah sosial, kekurangan perumahan untuk kakitangan awam dan swasta serta penghijrahan ramai golongan muda ke bandar, iaitu
i.mengaktifkan Kelab Rukun Tetangga
ii. rondaan bersama polis
iii.Membina perumahan di kawasan sekolah/klinik yang baru dibina

-Kelab Rukun Tetangga dan JKKK sememangnya bertanggungjawab dalam memastikan keselamatn penduduk Pekan Melor. Namun akibat ramai golongan muda berhijrah keluar, KRT seakan hidup segan mati tak mau. Jadi untuk menangani masalah kecurian, pecah rumah dan ragut, KRT perlu diaktifkan semula.

-selain itu, pihak JKKK juga perlu menjemput dan meminta kerjasama PDRM dalam mengawasi keselamatan penduduk dan harta benda di Pekan Melor.

-Seterusnya kerajaan juga perlu membina perumahan untuk kakitangan yang berkhidmat di luar bandar. Sememangnya mencari rumah sewa di luar bandar amat sukar disebabkan rata rata penduduk di luar hanya mempunyai rumah yang cukup untuk ahli keluarga mereka sahaja.
Justeru di setiap projek pembangunan kerajaan flet kediaman kakitangannya tidak harus diabaikan.

9. Rumusan
-Migrasi sememangnya suatu fenomena yang tidak boleh dielakkan dan berlaku di seluruh dunia. Migrasi dalaman yang berlaku di Pekan Melor telah membawa kepada pembangunan dan perkembangan Pekan Melor itu sendiri. Selain itu migrasi yang berlaku ini juga menyebabkan banyak tanah terbiar dan tidak ada golongan muda untuk mengusahakannya. Jika tidak dielakkan dan dikawal, keadaan ini boleh mengakibatkan kemersotan pengeluaran padi dan bekalan makanan penduduk pada masa depan.
-Kerajaan seharusnya bersikap pro aktif dan bertindak segera dalam mengurangkan penghijrahan golongan muda ke bandar - bandar

No comments:

Post a Comment

hsp

Followers

Guru Geografi

My photo
Pendidikan: 1976-1980 - SK Ketereh 1981-1986 - SMK Ketereh 1987-1988 - Maktab Sultan Ismail 1989-1993 - Universiti Kebangsaan Malaysia 1993-1994 - Kursus Perguruan Lepas Ijazah MPKB Pengalaman Mengajar: SMK Dalat, Sibu Sarawak 1994-1998 SMK Cheneh Bharu Kemaman Terengganu 1998-2001 SMK Ayer Lanas Jeli Mac 2001-Feb 2003 SMK Sultan Ismail Kota Bharu Mac 2003-Mac 2009 Maahad Pengajian Islam April 2009-kini Mata Pelajaran Utama: Geografi