Thursday, April 29

Perubahan Penduduk

Perubahan Penduduk:
-jumlah penduduk sesebuah negara berubah-ubah-bertambah, berkurang atau statik
-di malaysia, tahun 2000(23.37j orang) bertambah dari 1980(10.81j orang)

Faktor-faktor Perubahan Penduduk:
-3 faktor utama - kadar kelahiran, kematian, dan migrasi
-perubahan semulajadi = perbezaan kadar kematian dan kelahiran

Kadar Kelahiran Kasar (KKL):
= jumlah kelahiran bayi berbanding jumlah penduduk pada pertengahan tahun bagi setiap 1000 orang penduduk.
-jumlah penduduk dalam setahun/jumlah penduduk pertengah tahun x 1000
-Faktor Mempengaruhi KKL:
>taraf pendidikan wanita semakin meningkat, melambatkan umur berkahwin, mengurangkan kelahiran
>wanita berpendidikan tinggi lebih terbuka dan menerima amalan perancangan kelaurga, mengurangkan kelahiran
>amalan tadisi, agama dan budaya masyarakat melayu tidak menggalak penganut mengamalkan perancangan keluarga, digalakkan berkeluarga besar, meningkatkan kelahiran
>perananan kerajaan:
...mencapai 70 juta (2020) - menyediakan tenaga buruh dan pasaran tempatan yang meluas
...langkah mencapainya - potongan cukai pendapatan, menambah hari cuti bersalin, bayaran rawatan rendah.
>kos hidup/status sosioekonomi bertambah, saiz keluarga semakin kecil - masalah penjagaan anak, kos pendidikan/ penjagaan meningkat, kelahiran menurun.

Kadar Kematian Kasar (KKM)
-jumlah kematian berbanding jumlah penduduk pada pertengahan tahun bagi setiap 1000 orang penduduk.
=jumlah kematian dalam setahun/jumlah penduduk pada pertengahan tahun X 1000
-faktor mempengaruhi kematian
>taraf kesihatan penduduk bertambah, kemudahan perubatan bertambah dan semakin baik - moden - bilangan hospital, nisbah doktor kepada penduduk dikurangkan(doktor makin ramai)
>perkhidmatan perubatan dan kesihatan luar bandar bertambah - klinik desan klinik bergerak dan doktor udara, mengurangkan kematian
>bayi diberi suntikan imunisasi mencegah campak,batuk kering, polio, dan hepatitis mengurangkan kematian bayi
>suntikan cacar percuma kepada kanak-kanak 7 - 14 tahun
>susu percuma diberi kepada ibu dan bayi yang miskin
>kemajuan dalam pengawalan penyakit berjangkit - malaria, demam denggi, batuk kering dan kusta mengurangkan kematian penduduk
>pembaikan sistem saliran dan kaedah pembuangan najis dan sampah sarap mengurangkan jangkitan penyakit berjangkit dan mengurangkan kematian
>Makanan mencukupi dan berkhasiat - kemjuan teknologi pertanian meningkatkan pengeluaran dan kualiti hasil tanaman(beras)
>Amalan pemakanan yang baik seimbang - menghindari penyakit dan mengurangkan kematian, jangka hayat penduduk meningkat pada tahun 2000 70.2(lelaki) dan 75.0(perempuan)
>Pendidikan kesihatan dan kempen di sekolah dan media massa meningkatkan kesedaran penduduk tentang kepentingan pemakanan seimbang, dan menjaga kebersihan.
>Kementerian Kesihatan memeriksa premis -membasmi pembiakan nyamuk dan lalat, melancarkan kempen kesedaran -mengurangkan makanan bergula, larangan merokok, dan bahaya penyaahgunaan dadah.

Migrasi Antarabangsa
-perubahan penduduk sesebuah negara disebabkan perpindahan penduduk dari sebuah negara ke negara lain.
-imigrasi=migrasi masuk ke sesebuah negara, orang yang berpindah = imigran akan menambahkan jumlah penduduk
-emigrasi = migrasi keluar dari sesebuah negara, orang yang berpindah keluar = emigran, akan mengurangkan bilangan penduduk.
-faktor migrasi antarabangsa malaysia - tolakan dan tarikan
-tolakan
> lebihan tenaga buruh, pengangguran tinggi, peluang pekerjaan terhad, pendapatan tidak tetap dan taraf hidup yang rendah
-tarikan
>peluang pekerjaan banyak, pendapatan lumayan, dan taraf hidup yang tinggi

No comments:

Post a Comment

hsp

Followers

Guru Geografi

My photo
Pendidikan: 1976-1980 - SK Ketereh 1981-1986 - SMK Ketereh 1987-1988 - Maktab Sultan Ismail 1989-1993 - Universiti Kebangsaan Malaysia 1993-1994 - Kursus Perguruan Lepas Ijazah MPKB Pengalaman Mengajar: SMK Dalat, Sibu Sarawak 1994-1998 SMK Cheneh Bharu Kemaman Terengganu 1998-2001 SMK Ayer Lanas Jeli Mac 2001-Feb 2003 SMK Sultan Ismail Kota Bharu Mac 2003-Mac 2009 Maahad Pengajian Islam April 2009-kini Mata Pelajaran Utama: Geografi