Thursday, April 29

Migrasi Penduduk di Malaysia

Migrasi
=proses penghijrahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat lain
=orang yang terlibat dinamakan migran
=2 jenis migrasi - dalaman dan antarabangsa

migrasi antarabangsa
=perpindahan penduduk dari negara ke negara lain

migrasi dalaman
=perpindahan penduduk antara daerah/negeri dalam sesebuah negara.

Pola Migrasi Dalaman
>luar bandar ke bandar
>luar bandar ke luar bandar
>bandar ke bandar
>bandar ke luar bandar

Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk
>Migrasi Luar Bandar ke Bandar
...terdiri golongan muda-menikmati pendapatan lumayan, hidup lebih selesa
...faktor tolakan - lebihan tenaga buruh, peluang kerja terhad, pengganguran yang tinggi, pendapatan tidak tetap dan taraf hidup yang rendah
...pekerjaan dil luar bandar - pertanian, perikanan dan pembalakan, menawarkan peluang pekerjaan yang terhad, pendapatan tidak tetap dan rendah
...kemudahan pendidikan kurang dan terhad - sekolah rendah dan menengah sahaja.
...kemudahan asas kurang sempurna - bekalan elektrik, air bersih kurang sempurna. kemudahan kesihatan terhad- klinik desa dan pusat kesihatan kecil.
...kawasan pedalaman terpencil, berhutan tebal dan mundur
...faktor tarikan -peluang pekerjaan banyak, pendapatan tetap dan lumayan, kemudahan sosial baik dan sempurna, dan peluang pendidkan yang luas
.di bandar peluang pekerjaan -perkilangan, perniagaan, perkhidmatan pentadbiran, pelancongan dan kewangan, menawarkan peluang pekerjaan yang banyak, berpendapatan tetap dan tinggi.
.kemudahan awam/sosial lengkap dan baik - tempat rekreasi, pusat beli belah, pengangkutan dan perhubungan cekap, bekalan air dan elektrik yang sempurna

Perubahan Penduduk

Perubahan Penduduk:
-jumlah penduduk sesebuah negara berubah-ubah-bertambah, berkurang atau statik
-di malaysia, tahun 2000(23.37j orang) bertambah dari 1980(10.81j orang)

Faktor-faktor Perubahan Penduduk:
-3 faktor utama - kadar kelahiran, kematian, dan migrasi
-perubahan semulajadi = perbezaan kadar kematian dan kelahiran

Kadar Kelahiran Kasar (KKL):
= jumlah kelahiran bayi berbanding jumlah penduduk pada pertengahan tahun bagi setiap 1000 orang penduduk.
-jumlah penduduk dalam setahun/jumlah penduduk pertengah tahun x 1000
-Faktor Mempengaruhi KKL:
>taraf pendidikan wanita semakin meningkat, melambatkan umur berkahwin, mengurangkan kelahiran
>wanita berpendidikan tinggi lebih terbuka dan menerima amalan perancangan kelaurga, mengurangkan kelahiran
>amalan tadisi, agama dan budaya masyarakat melayu tidak menggalak penganut mengamalkan perancangan keluarga, digalakkan berkeluarga besar, meningkatkan kelahiran
>perananan kerajaan:
...mencapai 70 juta (2020) - menyediakan tenaga buruh dan pasaran tempatan yang meluas
...langkah mencapainya - potongan cukai pendapatan, menambah hari cuti bersalin, bayaran rawatan rendah.
>kos hidup/status sosioekonomi bertambah, saiz keluarga semakin kecil - masalah penjagaan anak, kos pendidikan/ penjagaan meningkat, kelahiran menurun.

Kadar Kematian Kasar (KKM)
-jumlah kematian berbanding jumlah penduduk pada pertengahan tahun bagi setiap 1000 orang penduduk.
=jumlah kematian dalam setahun/jumlah penduduk pada pertengahan tahun X 1000
-faktor mempengaruhi kematian
>taraf kesihatan penduduk bertambah, kemudahan perubatan bertambah dan semakin baik - moden - bilangan hospital, nisbah doktor kepada penduduk dikurangkan(doktor makin ramai)
>perkhidmatan perubatan dan kesihatan luar bandar bertambah - klinik desan klinik bergerak dan doktor udara, mengurangkan kematian
>bayi diberi suntikan imunisasi mencegah campak,batuk kering, polio, dan hepatitis mengurangkan kematian bayi
>suntikan cacar percuma kepada kanak-kanak 7 - 14 tahun
>susu percuma diberi kepada ibu dan bayi yang miskin
>kemajuan dalam pengawalan penyakit berjangkit - malaria, demam denggi, batuk kering dan kusta mengurangkan kematian penduduk
>pembaikan sistem saliran dan kaedah pembuangan najis dan sampah sarap mengurangkan jangkitan penyakit berjangkit dan mengurangkan kematian
>Makanan mencukupi dan berkhasiat - kemjuan teknologi pertanian meningkatkan pengeluaran dan kualiti hasil tanaman(beras)
>Amalan pemakanan yang baik seimbang - menghindari penyakit dan mengurangkan kematian, jangka hayat penduduk meningkat pada tahun 2000 70.2(lelaki) dan 75.0(perempuan)
>Pendidikan kesihatan dan kempen di sekolah dan media massa meningkatkan kesedaran penduduk tentang kepentingan pemakanan seimbang, dan menjaga kebersihan.
>Kementerian Kesihatan memeriksa premis -membasmi pembiakan nyamuk dan lalat, melancarkan kempen kesedaran -mengurangkan makanan bergula, larangan merokok, dan bahaya penyaahgunaan dadah.

Migrasi Antarabangsa
-perubahan penduduk sesebuah negara disebabkan perpindahan penduduk dari sebuah negara ke negara lain.
-imigrasi=migrasi masuk ke sesebuah negara, orang yang berpindah = imigran akan menambahkan jumlah penduduk
-emigrasi = migrasi keluar dari sesebuah negara, orang yang berpindah keluar = emigran, akan mengurangkan bilangan penduduk.
-faktor migrasi antarabangsa malaysia - tolakan dan tarikan
-tolakan
> lebihan tenaga buruh, pengangguran tinggi, peluang pekerjaan terhad, pendapatan tidak tetap dan taraf hidup yang rendah
-tarikan
>peluang pekerjaan banyak, pendapatan lumayan, dan taraf hidup yang tinggi

Wednesday, April 28

Geografi T2: Taburan Penduduk Malaysia

Taburan Penduduk
-tidak sekata
-ada 3 pola iaitu padat, sederhana dan jarang
-kepadatan penduduk = bilangan penduduk di dalam satu kawasan satu kilometer persegi

Penduduk Padat
-bilangan melebihi 200 orang sekilometer persegi
-pantai barat semenanjung malasyia -bandar besar, dataran dan delta sungai
-Dataran Kedah Perlis, Seberang Perai, Pulau Pinang, Lembah Kelang dan Lembah Kinta
-pantai timur semenanjung malaysia - Dataran Kelantan, Dataran Terengganu
-Sabah Sarawak - Kuching, Kota Kinabalu, Sibu, Miri, Bintulu

Penduduk Jarang
-bilangan kurang 50 sekilometer persegi
-tengah semenanjung - Banjaran Titiwangsa, tahan, dan Keledang
-pedalaman Sabah Sarawak -banjaran Hose Iran, kapuas Hulu, Crocker, Brassey dan Trus Madi

Penduduk Sederhana
-penduduk antara 50 - 199 orang
-dataran pantai barat semenanjung malaysia-
-pinggir pantai timur semenanjung -Bachok, Tumpat, Mersing dan Marang
-kawasan rancangan kemajuan tanah FELDA - Triang, Tronoh dan Jengka Tiga Segi

Faktor Mempengaruhi Taburan Penduduk
-Bentuk MUka Bumi -
-tanah pamah rendah dan rata - bertanih aluvium berpenduduk padat
-tanah pamah beralun, bersaliran baik, tanih laterit - sederhana penduduk
-tanah tinggi - berhutan tebal, bergunung ganang, terpencil -jarang

-Kegiatan ekonomi
-kawasan perniagaan perdagangan, perindustrian - KL, Shah Alam, Petaling Jaya, bayan Lepas - padat
-pertanian -tanaman kelapa sawit, getah, - Sri Aman, Jerangau, Jengka ;
dan perikanan - Kemaman, Mersing, Semporna , Kuala Perlis -sederhana
-
Sumber Mineral
-kawasan perlombongan timah - tumpuan penduduk seperti Lembah Kinta dan Lembah Kelang
-perlombongan petroleum/ gas asli - Kerteh, Paka, Bintulu dan Miri, Port Dickson
-perlombongan - wujud banyak peluang pekerjaan

Dasar Kerjaan/ Governan
-kawasan perindustrian bebas - Bayan Lepas, Perai, pasir Gudang, Sungai Way dan Senai - tumpuan pendduk ; kemudahan awam dan pekerjaan banyak dan lengkap
-pembukaan kawasan kemajuan tanah - Jengka Tiga Segi, Kemahang, Sahabat, Umas -tarikan penduduk

Penganngkutan dan Perhubungan
-mempengaruhi kebolehsampaian ke sesatu tempat
-pusat pengangkutan - Kuala Lumpur, Johor Bharu , KUching dan Kota Kinabalu - penduduk padat
-
Kemudahan/ Perkhidmatan
-kemudahan / perkhidmatan awam lengkap dan baik menarik penduduk
-perkhidmatan kesihatan, kewangan, pusat beli belah - KK, KCH, JB

hsp

Followers

Guru Geografi

My photo
Pendidikan: 1976-1980 - SK Ketereh 1981-1986 - SMK Ketereh 1987-1988 - Maktab Sultan Ismail 1989-1993 - Universiti Kebangsaan Malaysia 1993-1994 - Kursus Perguruan Lepas Ijazah MPKB Pengalaman Mengajar: SMK Dalat, Sibu Sarawak 1994-1998 SMK Cheneh Bharu Kemaman Terengganu 1998-2001 SMK Ayer Lanas Jeli Mac 2001-Feb 2003 SMK Sultan Ismail Kota Bharu Mac 2003-Mac 2009 Maahad Pengajian Islam April 2009-kini Mata Pelajaran Utama: Geografi