Monday, January 16
DRB-HICOM-PROTON
Khazanah Nasional Holdings menjual semua syernya dalam PROTON kepada DRB-HICOM. Keraajan tidak lagi mempunyai kepentingan dalam syarikat PROTON. Hujung tahun lepas, sebahagian syer dalam syarikat MAS juga telah dibeli oleh Air Asia yang dimiliki oleh Tony Fernandes.
Thursday, January 5
Kemahiran Geografi Tingkatan 3
1.Kedudukan
1.1.Rujukan Grid
-kaedah menentukan kedudukan ciri geografi di atas peta topografi
-ditentukan berdasarkan persilangan garisan grid iaitu garisan Timuran dan Utaraan.
1.2.Garisan Utaraan
-garisan mendatar dan dinomborkan dari selatan ke utara
1.3.Garisan Timuran
-garisan menegak dan dinomborkan dari barat ke timur
1.4.Rujukan Grid 4 Angka
-dinyatakan dalam bentuk 4 angka, kombinasi nombor pada garisan timuran dan diikuti nombor pada garisan utaraan.(contoh, RG 2112)
-digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu kawasan yang luas/ciri geografi secara umum.
1.5.Rujukan Grid 6 Angka
-dinyatakan dalam bentuk 6 angka,(contoh, RG 215125); angka ke-3 dan ke-6 diperolehi apabila garisan timuran dan utaraan dibahagikan kepada sepuluh garisan kecil(persepuluh)
-digunakan untuk menyatakan kedudukan ciri-ciri geografi secara tepat.
Ketinggian
-merujuk kepada ketinggian sesuatu tempat/kawasan tertentu dari aras laut.
-ketinggian sesuatu tempat dalam peta topografi boleh dinyatakan melalui 3 cara
1.warna
-warna dan ton warna digunakan untuk menggambarkan kawasan tanah tinggi(perang/kuning), tanah pamah(hijau) dan kawasan berair(biru).
2.simbol
-simbol titik(tanda tinggi)-menandakan ketinggian di kawasan yang tidak ada garisan kontur
-simbol anak panah(tanda aras)-menunjukkan ketinggian jalan raya dan kereta api
-stesyen trigonometri-menunjukkan ketinggian puncak bukit/gunung dengan tepat.
3.garisan/kontur
-garisan yang menghubungkan semua kawasan yang mempunyai ketinggian yang sama
-garisan kontur yang ke-5 dihitamtebalkan dan dipanggil sebagai kontur indeks.
-peta topo negara Malaysia menggunakan selang kontur 20m, iaitu perbezaan antara setiap garisan kontur .
Keratan Rentas
-gambaran/lakaran diperolehi disepanjang garisan lurus yang merentasi sesuatu kawasan kontur.
-keratan rentas dapat menunjukkan bentuk bumi di kawasan berkenaan dengan jelas, sama bercerun curam, cerun landai, anak bukit, rabung, tebing tinggi dan pelbagai BMB lagi.
a.Cerun curam-dikenali daripada susunan garisan kontur yang rapat
b.Cerun landai-susunan garisan kontur yang jarang antara satu sama lain.
c.Anak bukit-garisan kontur membulat dan semakin mengecil ke tengah
d.tebung tinggi-garisan kontur bertindan pada satu bahagian.
Labels:
kedudukan,
kemahiran geografi,
kontur,
rujukan grid,
simbol
Subscribe to:
Posts (Atom)
hsp
Followers
Blog Archive
Guru Geografi
- Amni Zafirah Sha'idi
- Pendidikan: 1976-1980 - SK Ketereh 1981-1986 - SMK Ketereh 1987-1988 - Maktab Sultan Ismail 1989-1993 - Universiti Kebangsaan Malaysia 1993-1994 - Kursus Perguruan Lepas Ijazah MPKB Pengalaman Mengajar: SMK Dalat, Sibu Sarawak 1994-1998 SMK Cheneh Bharu Kemaman Terengganu 1998-2001 SMK Ayer Lanas Jeli Mac 2001-Feb 2003 SMK Sultan Ismail Kota Bharu Mac 2003-Mac 2009 Maahad Pengajian Islam April 2009-kini Mata Pelajaran Utama: Geografi