Thursday, January 5

Kemahiran Geografi Tingkatan 3

1.Kedudukan
1.1.Rujukan Grid
-kaedah menentukan kedudukan ciri geografi di atas peta topografi
-ditentukan berdasarkan persilangan garisan grid iaitu garisan Timuran dan Utaraan.
1.2.Garisan Utaraan
-garisan mendatar dan dinomborkan dari selatan ke utara
1.3.Garisan Timuran
-garisan menegak dan dinomborkan dari barat ke timur
1.4.Rujukan Grid 4 Angka
-dinyatakan dalam bentuk 4 angka, kombinasi nombor pada garisan timuran dan diikuti nombor pada garisan utaraan.(contoh, RG 2112)
-digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu kawasan yang luas/ciri geografi secara umum.
1.5.Rujukan Grid 6 Angka
-dinyatakan dalam bentuk 6 angka,(contoh, RG 215125); angka ke-3 dan ke-6 diperolehi apabila garisan timuran dan utaraan dibahagikan kepada sepuluh garisan kecil(persepuluh)
-digunakan untuk menyatakan kedudukan ciri-ciri geografi secara tepat.

Ketinggian
-merujuk kepada ketinggian sesuatu tempat/kawasan tertentu dari aras laut.
-ketinggian sesuatu tempat dalam peta topografi boleh dinyatakan melalui 3 cara
1.warna
-warna dan ton warna digunakan untuk menggambarkan kawasan tanah tinggi(perang/kuning), tanah pamah(hijau) dan kawasan berair(biru).
2.simbol
-simbol titik(tanda tinggi)-menandakan ketinggian di kawasan yang tidak ada garisan kontur
-simbol anak panah(tanda aras)-menunjukkan ketinggian jalan raya dan kereta api
-stesyen trigonometri-menunjukkan ketinggian puncak bukit/gunung dengan tepat.
3.garisan/kontur
-garisan yang menghubungkan semua kawasan yang mempunyai ketinggian yang sama
-garisan kontur yang ke-5 dihitamtebalkan dan dipanggil sebagai kontur indeks.
-peta topo negara Malaysia menggunakan selang kontur 20m, iaitu perbezaan antara setiap garisan kontur .

Keratan Rentas
-gambaran/lakaran diperolehi disepanjang garisan lurus yang merentasi sesuatu kawasan kontur.
-keratan rentas dapat menunjukkan bentuk bumi di kawasan berkenaan dengan jelas, sama bercerun curam, cerun landai, anak bukit, rabung, tebing tinggi dan pelbagai BMB lagi.
a.Cerun curam-dikenali daripada susunan garisan kontur yang rapat
b.Cerun landai-susunan garisan kontur yang jarang antara satu sama lain.
c.Anak bukit-garisan kontur membulat dan semakin mengecil ke tengah
d.tebung tinggi-garisan kontur bertindan pada satu bahagian.


1 comment:

  1. Best Casinos Near Washington, D.C.. - Mapyro
    Find the best casinos 나주 출장마사지 in Washington, D.C. near you from Mapyro. 군포 출장샵 3131 당진 출장안마 S. Maryland St. Suite 210 Washington, 남원 출장마사지 D.C.. 1. Mapyro 수원 출장샵

    ReplyDelete

hsp

Followers

Guru Geografi

My photo
Pendidikan: 1976-1980 - SK Ketereh 1981-1986 - SMK Ketereh 1987-1988 - Maktab Sultan Ismail 1989-1993 - Universiti Kebangsaan Malaysia 1993-1994 - Kursus Perguruan Lepas Ijazah MPKB Pengalaman Mengajar: SMK Dalat, Sibu Sarawak 1994-1998 SMK Cheneh Bharu Kemaman Terengganu 1998-2001 SMK Ayer Lanas Jeli Mac 2001-Feb 2003 SMK Sultan Ismail Kota Bharu Mac 2003-Mac 2009 Maahad Pengajian Islam April 2009-kini Mata Pelajaran Utama: Geografi