Friday, June 24

KGT 2011 Pencemaran Alam Sekitar

Penghargaan





Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Maahad Pengajian Islam, Kota Bharu, Kelantan, YM Ku Amazon bt Tuan Yusof kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi ini. Terima kasih juga, saya tujukan kepada guru Geografi Tingkatan 3 Mujahid, Encik Sha’idi bin Md Zahruahsari yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam membuat kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.




Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya, Sha’idi b Md Zahruahsari dan Yusni bt Yusoff yang telah memberikan banyak memberikan dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja khusus Geografi ini . Jasa mereka tidak dapat saya lupakan.




Tidak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi menolong saya bagi melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna terutamanya rakan sekumpulan dengan saya iaitu Andi, Bob, Matmin dan Bai




Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden-responden yang telah sudi meluangkan masa bagi menemu bual dan menjawab beberapa soalan berkenaan dengan tajuk ini







Pendahuluan







Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menegah Rendah 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 3 diwajibkan menlaksanakan Kerja Kursus geografi di sekolah. Saya dan rakan-rakan saya telah memilih tajuk “ Pencemaran Alam Sekitar Di Ketereh,Kota Bharu, Kelantan”.




Kami memilih pencemaran alam sekitar di kawasan Ketereh kerana lokasi ini merupakan tempat tinggal saya. Di taman ini terdapat banyak kawasan petempatan yang yang begitu padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun. Selain itu juga terdapat jalan raya yang sentiasa sibuk yang menjadi laluan utama untuk taman-taman yang berhampiran untuk keluar ke Bandar raya Kota Bharu, Kelantan Bahru. Selain itu, Jalan raya Kuala Krai-Kota Bharu yang melalui Pekan Ketereh juga sentiasa sibuk dengan kenderaan yang keluar masuk dari Kelantan ke Kuala Lumpur atau Selatan Semenanjung Malaysia.




Untuk melengkapkan lagi kajian ini, kami telah menjalankannya selepas waktu persekolahan.Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah dari bulan Februari hingga bulan Jun.Setiap pelajar perlu menulis laporan ini secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan.










Objektif kajian




Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:-




1) Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di Ketereh Kota Bharu, Kelantan




2) Menyata dan menghuraikan jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Ketereh Kota Bharu, Kelantan




3) Menyata dan meghuraikan punca-punca pencemaran alam sekitar di Ketereh Kota Bharu, Kelantan




4) Menghurai kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Ketereh Kota Bharu, Kelantan




5) Menghurai langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Ketereh Kota Bharu, Kelantan




6) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.






















Kawasan kajian







Kawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di daerah Ketereh, iaitu kira-kira 20 km di selatan bandar Kota Bharu, Kelantan. Taman Binjai Manis Ketereh merupakan sebuah kawasan kediaman yang telah dibangunkan oleh Syarikat Binaraya Sdn. Bhd., iaitu sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan yang dimilikki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Kelantan




Sejarah awal kawasan ini merupakan kawasan kampong yang dipenuhi dengan tanaman getah serta tanaman padi. Pada akhir 1980-an, kawasan ini telah dibangunkan dengan jayanya sebagai sebuah kawasan petempatan utama di Ketereh. Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi yang beralun serta bersaliran baik, dan disaliri oleh Sungai Ketereh (anak Sungai Kelantan)




Ketereh terletak di Dewan Undangan Negeri Kok Lanas dan Parlimen Ketereh. Ketereh ini diselenggarakan oleh pihak Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam(MKB-PI). Antara kawasan perumahan di Ketereh ini ialah Taman Haji Ali, Taman Binjai dan Kampung Dendang. Kerajaan telah mempertingkatkan sistem pengangkutan yang lebih moden dan jaringan jalan raya yang lebih baik. Bagi penduduk taman ini yang ingin pergi ke Bandar Kota Bharu, Kelantan hanya perlu membayar sebanyak lebih kurang RM5.00 jika menaiki teksi. Manakala bagi yang menaiki bas pula, penduduk perlu membayar RM2.00 sahaja dengan mengambil masa lebih kurang 35 minit.







(sila lampirkan peta daerah kota bharu dan peta lakar kawasan kajian anda)




<!--[if !vml]-->
<!--[endif]-->









































Peta Daerah Kota Bharu




Peta Lakar Kawasan Kajian anda sendiri




<!--[if !vml]--><!--[endif]-->












































<!--[if !vml]-->
<!--[endif]-->
















Lakar Kawasan Kajian(dilukis sendiri)














































KAEDAH KAJIAN




Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, kami telah menggunakan beberapa kaedah iaitu:-




1) Kaedah pemerhatian




Kami telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan-kawasan perniagaan di Keterehdengan melihat sistem perparitan serta system pembuangan sampah. Kami juga mengambil gambar untuk membuktikan kaedah ini digunapakai




2) Kaedah soal selidik




Kami juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk sekitar taman ini. Soalan yang kami berikan adalah berdasarkan tajuk yang diberi. Sila rujuk soalan soal selidik yang disediakan.




3) Kaedah rujukan perpustakaan




Untuk melengkapkan lagi laporan kami ini, kami juga telah membuat beberapa rujukan di Perpustakaan Maahad Pengajian Islam. Kami juga merujuk kepada risalah-risalah yang telah diperoleh daripada MDK-PI, PKINK dan Jabatan Alam Sekitar













DAPATAN KAJIAN




Konsep Pencemaran Alam Sekitar




Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .




Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.




Secara ringkasnya, pencemaran alam sekitar merujuk kepada keadaan alam sekitar yang telah dicemari oleh bahan-bahan berbahaya dan mengganggu keselesaan hidup manusia. Bahan pencemar ini sama ada terampai-ampai dalam udara, atau larut dalam air, atau termendap dalam lapisan tanih dan menyebakan kualiti udara, air dan tanah merosot













Jenis-jenis Pencemaran Alam sekitar




a. Pencemaran Udara




<!--[if !vml]-->
<!--[endif]-->




Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.




Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .




b . Pencemaran Air







Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.




Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .




c . Pencemaran Tanah




<!--[if !vml]-->(lampirkan gambar foto yang berkaitan...jika ada)
<!--[endif]-->




Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.




d. Pencemaran bunyi




Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.







Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Ketereh




Berdasarkan kajian yang dilakukan, terdapat dua jenis pencemaran yang amat ketara di Ketereh, iaitu pencemaran udara dan pencemaran air. Pencemaran udara terutamanya boleh berlaku akibat peningkatan bahan bahan pencemar dan gas-gas beracun dalam udara. Peningkatan bahan pencemar seperti debu,habuk dan asap disebabkan kegiatan penebangan pokok dan aktiviti mengorek tanah yang aktif berhampiran kawasan kediaman. Aktiviti pembinaan bangunan dan taman perumahan baharu yang rancak di sekitar kawasan perumahan juga menyebabkan berlakunya pencemaran udara di Ketereh. Di Ketereh juga sekarang ini mengalami proses peningkatan infrastruktur terutamanya pembinaan jalan jalan raya baharu.




Pembinaan petempatan dan jalan raya menyumbang kepada pencemaran air apabila lapisan tanah terhakis dan dimendapkan dalam sistem perparitan(longkang) dan seterusnya mengalir masuk ke dalam sistem sungai berhampiran. Sungai Ketereh juga turut dicemari oleh sampah sarap buangan domestik dan kilang atau sisa-sisa pertanian seperti racun dan baja kimia yang digunakan pesawah dan pekebun sayur.




*gambar-kerja mengorek bukit, pembinaan rumah, jalan raya dan sawah padi*






















Punca-Punca Pencemaran Alam Sekitar




a) Perkilangan.




Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.




Terdapat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.




Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.




Selain itu juga terdapat kilang-kilang yang melepaskan asap dari serombong-serombong asap di kilang masing-masing tanpa memperdulikan masyarakat sekeliling. Lebih memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya kilang, kilang getah dan kilang batu bata.




b) Kenderaan




Fakta menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.




Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas.




c) Pembakaran terbuka




Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan semak samun.




Aktiviti membakar sawah-sawah padi selepas kerja menuai juga merupakan salah satu punca pencemaran alam sekitar juga.




d) Sampah sarap




Terdapat juga sebilangan masyarakat yang membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan perumahan rakyat, rumah pangsa, rumah-rumah setinggan. Sikap ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju.
































































Punca pencemaran udara




Bilangan(orang)




Asap kenderaan bermotor




8




Pembakaran terbuka-sampah sarap dan jerami




5




Pembuangan sisa rumah tangga/premis perniagaan




4




Pembinaan




3




Jumlah




20




Jadual 1 menunjukkan punca-punca pencemaran udara di Ketereh




(sumber:soalselidik)




e) Pembinaan




Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat pembinaan rumah-rumah baru oleh syarikat pemaju. Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian rumah, sisa-sisa pepejal akan di buang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran.




Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi kawasan penternakan nyamuk.




f) Perniagaan




Kawasan perniagaan banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Jika kita lihat banyak pusat-pusat perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem pembuang sampah yang teratur.




Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun mengeluarkan bau yang sangat busuk, berulat dan tidak terurus.




Keadaan ini dapat dilihat di kawasan-kawasan pasar basah dan kedai-kedai persendirian.








g) Petempatan.




Petempatan juga merupakan punca kepada pencemaran alam sekitar semakin serius. Bagi petempatan bandar , tong-tong sampah telah disediakan. Namun demikian untuk pembuang sampah-sampah dalam katogeri besar seperti almari, barang elektrik yang sudah rosak, perabot lama dan sebagainya, akan dikenakan kos pengangkutan. Jadi untuk tidak merugikan mereka, mereka akan membuangnya di tempat-tempat yang tersorok.




Sementara bagi petempatan setinggan pula, keadaan lebih tidak terurus. Mereka membuang sampah mengikut suka hati mereka sahaja. Ini menyebabkan banyak bahan tercemar di longkang, parit dan sungai yang berhampiran.







Contohnya, Masyarakat hendaklah sentiasa perihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan masyarakat akan hidup dalam keadaan selesa dan harmoni..













Kesan-kesan pencemaran alam sekitar.




a) Hujan asid




Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.




Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkantumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.




b) Jerebu




Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.




Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar.




Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.




c) Suhu meningkat




Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.




Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.







d) Air tercemar




Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.




Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut







e) Bau busuk




Bau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan – bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.




Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan, kilang kelapa sawit dan kilang getah.










Masyarakat seharusnya peka dan sedar akan kesan buruk akibat mengabaikan kegiatan menjaga kebersihan alam sekitar










<!--[if !vml]-->
<!--[endif]-->




Rajah 1 menunjukkan kesan-kesan pencemaran air di kawasan kajian













Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar




1. Menghijaukan kawasan




Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.




2. Penggunaan petrol tanpa plumbum




Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.




3. Program kitar semula




Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.










4. Kempen




Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.




5. Catalytic converter




Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.




Masyarakat dan penduduk setempat sepatutnya menjadikan kegiatan menjaga kebersihan alam sekitar sebagai satu budaya dan diteruskan demi kelangsungan hidup alam sekitar yang bersih dan selamat untuk dihuni manusia.













Rumusan




Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang


































RUJUKAN




1.Buku Teks/Rujukan




a. Khaw Ah Seng, et.al, Geografi KBSM Tingkatan 3, 2004,PTS Publications Sdn Bhd.




b.




2.Internet:




a.http://segalanyageo.blogspot.com/2011/06/peta-daerah-kota-bharu.html.




b.




3.Orang Sumber/Responden




a.Hassan bin Hussain,550505-03-5505,Kg. Huta Pasir, Ketereh,Kelantan




b.










No comments:

Post a Comment

hsp

Followers

Guru Geografi

My Photo
Pendidikan: 1976-1980 - SK Ketereh 1981-1986 - SMK Ketereh 1987-1988 - Maktab Sultan Ismail 1989-1993 - Universiti Kebangsaan Malaysia 1993-1994 - Kursus Perguruan Lepas Ijazah MPKB Pengalaman Mengajar: SMK Dalat, Sibu Sarawak 1994-1998 SMK Cheneh Bharu Kemaman Terengganu 1998-2001 SMK Ayer Lanas Jeli Mac 2001-Feb 2003 SMK Sultan Ismail Kota Bharu Mac 2003-Mac 2009 Maahad Pengajian Islam April 2009-kini Mata Pelajaran Utama: Geografi